‘A MORNING PERSON’

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA BLOGGERS…KALI INI SAYA NAK BERKONGSI SEBUAH ARTIKEL YANG SAYA BACA DI DALAM MAJALAH SOLUSI. IANYA MENGENAI ‘ A MORNING PERSON’.
‘A MORNING PERSON’ BERMAKSUD ORANG YANG MENGGUNAKAN SEPENUHNYA WAKTU AWAL PAGI UNTUK MENGHASILKAN PRODUKTIVITI YANG TERBAIK.
WAKTU PAGI PALING ISTIMEWA YANG TELAH DIJADIKAN OLEH ALLAH S.W.T. CAHAYA YANG DIINDAHKAN FAJAR SADIK DI UFUK TIMUR SEBAGAI SIMBOL PRODUKTIVITI YANG MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN. UDARA TENANG DAN TIDAK BERDEBU KERANA SEMUA MAKHLUK BERNYAWA DAN TIDAK BERNYAWA TIDUR SEPANJANG MALAM. BEGITU JUGA DENGAN DEBU-DEBU YANG MASIH ‘TIDUR’. KADANG-KADANG EMBUN MENJADI KABUS YANG MENYEGARKAN, MEMBANTU ‘MENIDURKAN’ DEBU-DEBU YANG BERTERBANGAN HINGGA SUASANA PAGI BEGITU HIJAU DAN CERAH SEHINGGA MENYEJUKKAN BUMI YANG INDAH LAGI PERMAI INI.

KEBANYAKAN ORANG TERTANYA-TANYA, BAGAIMANA HENDAK BANGUN SEBELUM SUBUH? ORANG DEWASA HANYA MEMERLUKAN 5 JAM SAHAJA UNTUK TIDUR DALAM SEHARI. ITU SUDAH CUKUP UNTUK MENGEMBALIKAN TENAGA KITA. UNTUK BANGUN AWAL SEBELUM SUBUH, KITA PERLU TIDUR AWAL – SEBELUM JAM 12 TENGAH MALAM.
TIP BANGUN SEBELUM SUBUH
Ø  SET JAM @ HP 10 MINIT SEBELUM MASA YANG KITA KEHENDAKI. CONTOHNYA, JIKA HENDAK BANGUN JAM 5.30 PAGI, SET 5.20.
Ø  LETAKKAN JAM @ HP AGAK JAUH DARI KATIL KIRA-KIRA TANGAN TIDAK DAPAT MENCAPAINYA DAN KITA PERLU BANGUN UTK MEMATIKANNYA. TAPI JANGAN SAMBUNG TIDUR SELEPAS MEMATIKANNYA.
Ø  PERLU ADA KEKUATAN UTK BANGUN IAITU TELAH CUKUP TIDUR 5 JAM DAN MEMPUNYAI KESUNGGUHAN UTK BANGUN.
Ø  KEMASKAN CADAR DAN BANTAL SEBELUM MEMATIKAN JAM LOCENG SUPAYA TIDAK TIDUR KEMBALI.
Ø  SET ‘ALARM TONE’ YANG NYARING DAN MEMBINGITKAN TELINGA.
Ø  TERUS BUKA LAMPU UTAMA @ LANGSIR.
Ø  BANGUN PADA MASA YANG SAMA SETIAP HARI TERMASUK HUJUNG MINGGU DAN HARI CUTI. SOLAT SUBUH ADALAH SANGAT BAIK JIKA DIJADIKAN SENGGANG MASA BANGUN KERANA SOLAT SUBUH TIDAK BERMUSIM.
Ø  JANGAN MENYAMBUNG TIDUR, WALAUPUN TIDAK ADA SESUATU YANG PENTING UNTUK DILAKUKAN PADA PAGI TERSEBUT.
Ø  SARAPAN AWAL PAGI MEMBERIKAN KITA TENAGA UNTUK TERUSKAN KERJA SEHARIAN.
Ø  PADAM LAMPU 15 MINIT LEBIH AWAL SEBELUM WAKTU TIDUR SUPAYA KITA BOLEH MUHASABAH DIRI.
Ø  JANGAN MINUM MINUMAN BERGULA DAN BERSUS SEBELUM TIDUR.



KEISTIMEWAAN BANGUN SEBELUM SUBUH

SEBELUM SUBUH

o   MELAKUKAN SOLAT TAHAJUD 2, 4, 6 @ 8 RAKAAT DAN DITUTUP DENGAN SOLAT WITIR 3 @ 1 RAKAAT.
o   BERSAHUR JIKA HENDAK BERPUASA PADA HARI ISNIN DAN KHAMIS.
o   MEMBACA BEBERAPA LEMBAR AL-QURAN.
o   MENULIS BLOG @ FACEBOOK.
o   MENYEDUT UDARA SEGAR YANG KAYA DENGAN OKSIGEN.
o   MENIKMATI KETENANGAN ALAM.
HAMPIR & SEMASA SUBUH
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN @ TARHIN DARI MENARA MASJID @ SURAU BERHAMPIRAN. SEBAIK WAKTU SOLAT TIBA, BOLEH BERJEMAAH DI MASJID. SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT SUBUH DUA RAKAAT DENGAN SELESA.
SELEPAS SOLAT SUBUH
MELAKUKAN AKTIVITI YANG BERMANFAAT:
o   BERWIRID & BERZIKIR BERSMA IMAM @ BERSENDIRIAN
o   MENDENGAR KULIAH SUBUH
o   MENELAAH FARDHU AIN @ MENGHAFAL AL-QURAN
o   JOGGING SELAMA 4 HINGGA 6 KILOMETER
o   MEMBERSIHKAN HALAMAN RUMAH
o   MEMBERSIHKAN POKOK BUNGA @ SAYUR DI PERKARANGAN RUMAH
o   MEMBERI HAIWAN PELIHARAAN MAKAN.
o   MEMBACA AKHBAR PAGI
o   SARAPAN PAGI
o   MEMBASUH PAKAIAN.

SEBENARNYA BANYAK LAGI KELEBIHAN @ MANFAAT YANG KITA DAPAT JIKA MENJADI ‘A MORNING PERSON’. KITA PERLU MELETAKKAN PEMIKIRAN POSITIF BAHWA KITA BOLEH BERUBAH MENJADI ‘A MORNING PERSON’. APAPUN KITA PERLU ADA AZAM DAN DISIPLIN DIRI YANG KUAT UNTUK BERUBAH MENJADI 
A MORNING PERSON’.

SAYA HARAP DARI APA YANG TELAH SAYA KONGSIKAN DISINI DENGAN ANDA SEMUA DAPAT MEMBERIKAN PERUBAHAN KEPADA DIRI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN KITA SEORANG INSAN YANG LEBIH PRODUKTIF DAN LEBIH BERIMAN KEPADA-NYA…
WASSALAM.

2 comments:

nabilah_2908 said...

great n3...pengisian yg hebat..mcm sy la..set jam kul 5.45 pg..tp bgun kul 6..huhu.. :)

dear....kalau boleh..lepas ni jgn gunakan lagi huruf besar dlm n3 yg seterusnya...agak annoying di situ...seolah2 tengah marah...

maaf kalau kurang senang dgn komen ini... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
TOY STORY 3

XeoRa said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment