Bercinta Menurut ISlam

Assalamualaikum w.b.t..



Dalam entry kali ini
Farah nak kongsi☺ dgn bloggers sumer mengenai 
CINTA..
FArah ada terbaca di dalam satu artikel, 
ceritakan mcm mn nak bercinta menurut Islam.
Bunyinyer begini....
Dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 30-31
memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam
menutup pandangan dari perkara maksiat, 
menjaga kehormatan diri 
dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan
kecuali yg biasa kelihatan iaitu
muka dan tapak tangan bagi wanita.



Kita semua tahu, perasaan cinta yang wujud dalam diri kita ini
sebenarnya adalah perasaan semulajadi 
yang memang wujud pada badan manusia.
Cinta ini sangat luas maksudnya...
Dalam artikel itu menengahkan cinta kepada manusia.



Bagi mereka yang cinta kepada ayah, ibu, anak, sahabat dan lain-lain.
Islam tidak menghalang cinta ini, namun haruslah berpada-pada.
Janganlah mencintai seseorang itu melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya.
Jelas perbuatan ini bercanggah dengan nas Al-Quran.
Oleh itu, Islam menekankan teknik bercinta itu sendiri.



Sebenarnya begitu mudah dan tidak payah 
sebagaimana sangkaan sesetengah pihak, 
jika seseorang itu bercinta mengikut cara Islam.
Bercinta menurut Islam sungguh mudah.
Apabila hati berkenan kepada seseorang gadis, hendaklah ia menunaikan solat hajat atau solat istikharah dua rakaat.
Setelah telah tetap hatinya kepada gadis tersebut, maka adalah baik meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.


Selepas berkahwin, ketika inilah suami yang tadi,
jika hendak bercinta dengan isterinya, 
sebanyak mana pun yang ia mahu, 
tanpa melakukan dosa kerana 
hubungan inilah yang paling halal di sisi Allah dan syarak.



Sepertimana yang kita tengok zaman sekarang..
Bercinta sebelum kahwin, kebanyakannya rumahtangga mereka
tidak bahagia dan tenteram. Akhirnya, berpisah..
Ada juga yang bercinta bertahun2..
sehingga berlaku perkara mungkar dan maksiat 
dan menjadi masalah negara,
kerana apa yang dapat kita tgk pada masa kini...
masalah pembuangan bayi yg berleluasa.



Oleh itu, sebagai umat Islam yang sebenar. 
Jauhilah perkara mungkar dan dekatilah Allah s.w.t...
Jika mahu hubungan yang suci di sisiNya..
dan kekal bahagia di DUNIA & AKHIRAT ...
Wallahualam... (Jika ada yang salah, sila perbetulkan...)