RSS

Bercinta Menurut ISlam

Assalamualaikum w.b.t..



Dalam entry kali ini
Farah nak kongsi☺ dgn bloggers sumer mengenai 
CINTA..
FArah ada terbaca di dalam satu artikel, 
ceritakan mcm mn nak bercinta menurut Islam.
Bunyinyer begini....
Dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 30-31
memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam
menutup pandangan dari perkara maksiat, 
menjaga kehormatan diri 
dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan
kecuali yg biasa kelihatan iaitu
muka dan tapak tangan bagi wanita.



Kita semua tahu, perasaan cinta yang wujud dalam diri kita ini
sebenarnya adalah perasaan semulajadi 
yang memang wujud pada badan manusia.
Cinta ini sangat luas maksudnya...
Dalam artikel itu menengahkan cinta kepada manusia.



Bagi mereka yang cinta kepada ayah, ibu, anak, sahabat dan lain-lain.
Islam tidak menghalang cinta ini, namun haruslah berpada-pada.
Janganlah mencintai seseorang itu melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya.
Jelas perbuatan ini bercanggah dengan nas Al-Quran.
Oleh itu, Islam menekankan teknik bercinta itu sendiri.



Sebenarnya begitu mudah dan tidak payah 
sebagaimana sangkaan sesetengah pihak, 
jika seseorang itu bercinta mengikut cara Islam.
Bercinta menurut Islam sungguh mudah.
Apabila hati berkenan kepada seseorang gadis, hendaklah ia menunaikan solat hajat atau solat istikharah dua rakaat.
Setelah telah tetap hatinya kepada gadis tersebut, maka adalah baik meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.


Selepas berkahwin, ketika inilah suami yang tadi,
jika hendak bercinta dengan isterinya, 
sebanyak mana pun yang ia mahu, 
tanpa melakukan dosa kerana 
hubungan inilah yang paling halal di sisi Allah dan syarak.



Sepertimana yang kita tengok zaman sekarang..
Bercinta sebelum kahwin, kebanyakannya rumahtangga mereka
tidak bahagia dan tenteram. Akhirnya, berpisah..
Ada juga yang bercinta bertahun2..
sehingga berlaku perkara mungkar dan maksiat 
dan menjadi masalah negara,
kerana apa yang dapat kita tgk pada masa kini...
masalah pembuangan bayi yg berleluasa.



Oleh itu, sebagai umat Islam yang sebenar. 
Jauhilah perkara mungkar dan dekatilah Allah s.w.t...
Jika mahu hubungan yang suci di sisiNya..
dan kekal bahagia di DUNIA & AKHIRAT ...
Wallahualam... (Jika ada yang salah, sila perbetulkan...)

 

‘A MORNING PERSON’

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA BLOGGERS…KALI INI SAYA NAK BERKONGSI SEBUAH ARTIKEL YANG SAYA BACA DI DALAM MAJALAH SOLUSI. IANYA MENGENAI ‘ A MORNING PERSON’.
‘A MORNING PERSON’ BERMAKSUD ORANG YANG MENGGUNAKAN SEPENUHNYA WAKTU AWAL PAGI UNTUK MENGHASILKAN PRODUKTIVITI YANG TERBAIK.
WAKTU PAGI PALING ISTIMEWA YANG TELAH DIJADIKAN OLEH ALLAH S.W.T. CAHAYA YANG DIINDAHKAN FAJAR SADIK DI UFUK TIMUR SEBAGAI SIMBOL PRODUKTIVITI YANG MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN. UDARA TENANG DAN TIDAK BERDEBU KERANA SEMUA MAKHLUK BERNYAWA DAN TIDAK BERNYAWA TIDUR SEPANJANG MALAM. BEGITU JUGA DENGAN DEBU-DEBU YANG MASIH ‘TIDUR’. KADANG-KADANG EMBUN MENJADI KABUS YANG MENYEGARKAN, MEMBANTU ‘MENIDURKAN’ DEBU-DEBU YANG BERTERBANGAN HINGGA SUASANA PAGI BEGITU HIJAU DAN CERAH SEHINGGA MENYEJUKKAN BUMI YANG INDAH LAGI PERMAI INI.

KEBANYAKAN ORANG TERTANYA-TANYA, BAGAIMANA HENDAK BANGUN SEBELUM SUBUH? ORANG DEWASA HANYA MEMERLUKAN 5 JAM SAHAJA UNTUK TIDUR DALAM SEHARI. ITU SUDAH CUKUP UNTUK MENGEMBALIKAN TENAGA KITA. UNTUK BANGUN AWAL SEBELUM SUBUH, KITA PERLU TIDUR AWAL – SEBELUM JAM 12 TENGAH MALAM.
TIP BANGUN SEBELUM SUBUH
Ø  SET JAM @ HP 10 MINIT SEBELUM MASA YANG KITA KEHENDAKI. CONTOHNYA, JIKA HENDAK BANGUN JAM 5.30 PAGI, SET 5.20.
Ø  LETAKKAN JAM @ HP AGAK JAUH DARI KATIL KIRA-KIRA TANGAN TIDAK DAPAT MENCAPAINYA DAN KITA PERLU BANGUN UTK MEMATIKANNYA. TAPI JANGAN SAMBUNG TIDUR SELEPAS MEMATIKANNYA.
Ø  PERLU ADA KEKUATAN UTK BANGUN IAITU TELAH CUKUP TIDUR 5 JAM DAN MEMPUNYAI KESUNGGUHAN UTK BANGUN.
Ø  KEMASKAN CADAR DAN BANTAL SEBELUM MEMATIKAN JAM LOCENG SUPAYA TIDAK TIDUR KEMBALI.
Ø  SET ‘ALARM TONE’ YANG NYARING DAN MEMBINGITKAN TELINGA.
Ø  TERUS BUKA LAMPU UTAMA @ LANGSIR.
Ø  BANGUN PADA MASA YANG SAMA SETIAP HARI TERMASUK HUJUNG MINGGU DAN HARI CUTI. SOLAT SUBUH ADALAH SANGAT BAIK JIKA DIJADIKAN SENGGANG MASA BANGUN KERANA SOLAT SUBUH TIDAK BERMUSIM.
Ø  JANGAN MENYAMBUNG TIDUR, WALAUPUN TIDAK ADA SESUATU YANG PENTING UNTUK DILAKUKAN PADA PAGI TERSEBUT.
Ø  SARAPAN AWAL PAGI MEMBERIKAN KITA TENAGA UNTUK TERUSKAN KERJA SEHARIAN.
Ø  PADAM LAMPU 15 MINIT LEBIH AWAL SEBELUM WAKTU TIDUR SUPAYA KITA BOLEH MUHASABAH DIRI.
Ø  JANGAN MINUM MINUMAN BERGULA DAN BERSUS SEBELUM TIDUR.



KEISTIMEWAAN BANGUN SEBELUM SUBUH

SEBELUM SUBUH

o   MELAKUKAN SOLAT TAHAJUD 2, 4, 6 @ 8 RAKAAT DAN DITUTUP DENGAN SOLAT WITIR 3 @ 1 RAKAAT.
o   BERSAHUR JIKA HENDAK BERPUASA PADA HARI ISNIN DAN KHAMIS.
o   MEMBACA BEBERAPA LEMBAR AL-QURAN.
o   MENULIS BLOG @ FACEBOOK.
o   MENYEDUT UDARA SEGAR YANG KAYA DENGAN OKSIGEN.
o   MENIKMATI KETENANGAN ALAM.
HAMPIR & SEMASA SUBUH
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN @ TARHIN DARI MENARA MASJID @ SURAU BERHAMPIRAN. SEBAIK WAKTU SOLAT TIBA, BOLEH BERJEMAAH DI MASJID. SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT SUBUH DUA RAKAAT DENGAN SELESA.
SELEPAS SOLAT SUBUH
MELAKUKAN AKTIVITI YANG BERMANFAAT:
o   BERWIRID & BERZIKIR BERSMA IMAM @ BERSENDIRIAN
o   MENDENGAR KULIAH SUBUH
o   MENELAAH FARDHU AIN @ MENGHAFAL AL-QURAN
o   JOGGING SELAMA 4 HINGGA 6 KILOMETER
o   MEMBERSIHKAN HALAMAN RUMAH
o   MEMBERSIHKAN POKOK BUNGA @ SAYUR DI PERKARANGAN RUMAH
o   MEMBERI HAIWAN PELIHARAAN MAKAN.
o   MEMBACA AKHBAR PAGI
o   SARAPAN PAGI
o   MEMBASUH PAKAIAN.

SEBENARNYA BANYAK LAGI KELEBIHAN @ MANFAAT YANG KITA DAPAT JIKA MENJADI ‘A MORNING PERSON’. KITA PERLU MELETAKKAN PEMIKIRAN POSITIF BAHWA KITA BOLEH BERUBAH MENJADI ‘A MORNING PERSON’. APAPUN KITA PERLU ADA AZAM DAN DISIPLIN DIRI YANG KUAT UNTUK BERUBAH MENJADI 
A MORNING PERSON’.

SAYA HARAP DARI APA YANG TELAH SAYA KONGSIKAN DISINI DENGAN ANDA SEMUA DAPAT MEMBERIKAN PERUBAHAN KEPADA DIRI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN KITA SEORANG INSAN YANG LEBIH PRODUKTIF DAN LEBIH BERIMAN KEPADA-NYA…
WASSALAM.

Ubah Diri? Berani??

Perubahan itu bermula daripada diri individu. Apabila individu-individu berubah menjadi baik maka dia menjadi orang baik.
Apabila terdapat individu-individu yang baik, maka masyarakat akan menjadi baik. Orang baik bertanggungjawab menuntut ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat, terutamanya ilmu agama. Penyampaian ilmu dan fikrah daripada individu-individu yang baik inilah yang akan membentuk masyarakat yang baik. Orang-orang yang baik akan dipersoalkan oleh Allah sekiranya mereka tidak melaksanakan dakwah terhadap masyarakat.



Seringkali terasa sukar bagi seseorang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi perubahan ke arah kebaikan dan kebenaran. Antara punca berlakunya masalah ini ialah lemah pendirian. Seorang yang lemah pendirian dikatakan sebagai seorang yang bermaksiat, lalai, dan tidak memenuhi kewajipan dirinya sebagai seorang Muslim.
Perlulah diyakini bahawa sesungguhnya syariat Allah itu diturunkan dalam keadaan mampu dilaksanakan oleh manusia dengan berbagai kelonggaran yang dikurniakan Allah. Oleh itu tiada sebab bagi seseorang untuk tidak memenuhi kewajipan beriltizam dengan syarak. Orang yang lemah pendirian dikatakan sebagai orang yang 'aasi yakni orang yang melakukan maksiat kepada Allah, disebabkan kelalaiannya dalam memenuhi hak-hak Allah SWT.

Terdapat beberapa tanda seseorang itu lemah pendirian menurut pendapat ulama'. Maka jika kita mendapati salah satu daripada berikut terdapat dalam diri kita maka ayuh kembali kepada Allah dan berusaha memperbaiki semula diri kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Antara tanda lemah pendirian:
  • Tidak berhati-hati apabila bercakap. Apabila seseorang itu tidak berhati-hati apabila bercakap, percakapannya boleh dimasuki oleh unsur-unsur yang boleh membawa kepada dosa dan fitnah.
  • Tidak taat kepada pemimpin. Seseorang Muslim itu harus taat kepada pemimpin yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah seperti mana yang telah dijelaskan Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 59.
  • Tidak berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.
  • Tidak sabar dalam menunggu kejayaan. Misalnya seseorang yang berdoa kepada Allah dan mengharap doa itu dimakbulkan pada saat itu juga sedangkan ada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah serta merta untuk digantikan dengan balasan yang lebih baik kelak.
  • Mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Antara cara untuk mengelakkan godaan dunia ialah memperbanyak amalan dan menyibukkan diri dengan amal-amal
  • Cepat berputus asa daripada rahmat Allah.

  • Melakukan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti berhibur dengan berlebihan, tidur berlebihan dan sebagainya.

Perlu juga diketahui bahawa terdapat banyak sebab yang boleh menjadikan seseorang itu lemah pendirian. Antara faktor lemah pendirian ialah pergaulan dengan orang-orang yang lemah pendirian, termasuk menuruti perintah pemimpin yang lemah pendirian. Seperti mana hadis Rasulullah SAW "orang Mukmin itu adalah cerminan saudaranya" dan juga kata-kata "rakyat adalah menurut agama pemimpinnya." Faktor lain yang boleh mendorong kepada lemah pendirian ialah lemahnya iman seseorang.
Orang yang lemah iman tidak dapat memperbaik dirinya sendiri. Antara cara untuk menguatkan iman adalah dengan menuntut ilmu, terutamanya ilmu Ad-Din dan ilmu-ilmu yang dapat membawa kepada kebesaran Allah SWT. Iman berhubung kait dengan amal soleh. Lemahnya iman menyebabkan amalan soleh kita berkurangan, dan kurangnya amal soleh membawa kepada kelemahan iman. Untuk mengelakkan lemah iman, selain daripada menuntut ilmu, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada mencintai dunia secara berlebihan.